Kata Aluan Guru Besar

Wednesday, January 2, 2008

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan
izin-Nya Blog SK Belimbing Dalam ini dapat dikemaskini dan disempurnakan untuk tahun 2008 ini.
Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini dapat dilihat begitu banyak organisasi menggunakan laman web,blogger dan portal masing-masing dalam urusan-urusan harian seperti urusan perbankan, pendidikan, perniagaan, komunikasi dan forum secara terus-menerus melalui komputer.
Ini adalah satu usaha murni yang harus kita teruskan bagi menyahut seruan Kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang celik komputer dan menjadikan komputer sebagai saluran utama komunikasi dewasa ini. Justeru itu adalah wajar untuk mewujudkan blog sekolah ini bagi membolehkan para pelajar dan guru meneroka dan menjelajahi dunia teknologi maklumat yang begitu dinamik dan mencabar.
Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah guru yang berjaya membangunkan Blog SK. Belimbing Dalam ini. Saya berharap agar laman web sekolah ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak serta menjadi satu titik tolak ke arah mengautomasikan sistem pentadbiran dan pendidikan di sekolah.
Sekian , terima kasih.

"Pn. Norlailah Bt. Maeraj"
Guru Besar SKBD

 
Free new blogger template ABSTRACT MIND Design by Pannasmontata             Powered by    Blogger